Tuesday, September 28, 2010

Wedding.....

Tanggal 10 Oct 2010, my Abg Macho akan melangsungkan perkahwinan dengan his Lovely gurl, check this out....

Sana sini Ariani....Alah Membeli, Menang Memakai...

Sy tak sure ble dtg musim tudung ariani dalam ofis yg penting skang, dalam ofis ni dh mcm tmpt peragaan tudung ariani, tak sume nya dari brand ariani, yg made in pasar malam & kedai2 biasa pn ade tapi kualiti tetap sama dengan pure ariani.



Apa yg membezakan ariani dgn tudung yg dijual di kedai2 biasa?? Brand nya kah??


Pape pn, sy dh terjebak sama (bkn hanya sehelai dua). De skali ariani buat Sale tak ingt, mmg mgiler2 memborong - sehelai ariani mini (plain) brharga RM25!!.. Asal balik kg, mkck2 kat kg mesti respek giler hehehe..tau knape, dorg ingt kami ank-branak - Mama, Along, Angah & Pingkin, loaded ddk kat bandar. Pd dorg RM60 inggt (min price) bg sehelai tudung mmg tak berbaloi, dh bleh wat shelai baju kurung.

Dia Cintaku 1

Nama saya Hafizsalwa. Saya hanya seorang gadis kampung biasa, dengan kehidupan yang serba serbi sederhana. Tidak siapa tahu saya ada menyimpan kisah kasih sayang yang pada pandangan saya penuh dengan kesedihan dan keperitan. Kadangkala betul kata pepatah orang-orang tua dulu, orang yang kita benci itulah yang akan kita rindu akhirnya.

Saya perkenalkan seorang sepupu perempuan saya yang bernama Nona Syahira. Tak tahu pula macam mana tuan punya nama itu boleh tercampak jauh dari Johor Bahru ke kampung kecil saya yang terletak di tengah-tengah hutan paya bakau ni. Mungkin kerana ibubapa nya terpaksa bertukar tempat kerja ke bumi Brunei, maka dia dan dua adik lelakinya pula terpaksa bertukar sekolah di sini. Pertama kali adik-beradik kaya ini  menjejakkan kaki disini, muncung mereka bagaikan boleh mencecah ke tanah. Lantas Mak naikkan semangat mereka.

“Orang kampung sini semuanya baik-baik, sekolah pun best. Kat hujung kampung tu pun ada kedai komputer…” panjang lebar mak mempromosikan kampung kami. Bapak pula sekadar memandang melalui ekor mata nya. Tahu sangat perangai anak saudaranya yang sudah biasa tidur beralas duit dan kemewahan, sedangkan keluarga saya masih menggunakan peralatan tradisional di rumah hehehe. Kesian pula melihat Nona dan adik-adik nya yang nampak sangat macam tak pernah duduk kampung.

Hari pertama persekolahan mereka di sini bermula dengan baik. Naim dan Nuzul senang mendapat  kawan baru, Cuma Nona yang masih suka menyendiri. Yang bagusnya Nona tak sombong dengan sesiapa, dia sentiasa murah dengan senyuman, tapi perangai demand dia tetap ada. Nasib tak baik kerana dia tak dapat duduk sekelas dengan saya. So tak dapat lah saya pantau perangai dia di dalam kelas. Menurut Ummi kawan sekelas agama saya yang sekelas dengannya, begitulah. Keadaan itu berlarutan selama seminggu dua sehinggalah suatu hari saya menerima rungutan daripadanya.

“ Aku tak tau lah Wa, rasa aku kan si mata tu memang sengaja nak cari pasal dengan aku tau!” jaring yang baru disirat Pak Bujang di gentel-gentelnya. Menjerit orang tua tu dari hujung jeti.

“ Sorry Pak Bujang!!” berderai kami ketawa. Setelah lima minit ketawa kami masih bersisa. Saya lihat Nona begitu gembira. Saya berharap agar Nona melupakan masalahnya. Bukan tak sudi mendengar tapi saya suka keadaannya sekarang. Saya hendak dia berasa gembira di sini. Keesokkan harinya saya merisik kepada Ummi tentang Nona.
“ Ala gaduh biasa je tu, tapi Nona dulu memang pernah jadi pengerusi tingkatan ke wa?”
“ Kenapa?”
“ Takde lah sebenarnya yang menjadi puncanya hanya kerana berebutkan jawatan pengerusi kelas.” Ummi memang ada gaya mak kepoh betul. Lagaknya macam dia nak join gaduh sekali hehehe…
“ Oh, kira ala-ala gila kuasa lah ni?” Saya menduga, Ummi hanya menjungkitkan keningnya. Masa berehat berlalu selepas kedengaran bunyi loceng di blok kelas tingkatan 5. Saya berjalan melintasi bilik tingkatan Nona, kelihatan dia hanya duduk memandang meja sambil jari-jarinya menguis permukaan meja. Kesian saya lihat keadaannya. ‘Banyak lagi masa Nona nak menyesuaikan diri dekat sini, dia perlukan lebih banyak masa’ saya sekadar berbisik kepada hati naluri saya. Sempat saya lemparkan senyuman paling manis(saya kira hehehe) kepadanya. Dia membalas dengan senyuman lemah.

            Pada hari sabtu yang lepas saya berpeluang berjumpa dengan si mata yang digelar oleh Nona. Kebetulan kami menyertai kelab yang sama. Luqman Mubin Haji Marzuki, boleh dikira tepatlah gelaran Nona tu. Mubin mempunyai sepasang mata yang sedikit terjojol keluar. Simpati saya dengan Mubin diatas gelaran itu. Tapi saya kagum kerana gelaran itu tak sedikit pun mengganggu gugat aktiviti sosial walhal pelajarannya.
            “ Aku dengar cerita kau berperang mulut dengan sepupuku, apa sebenarnya yang terjadi?” saya sengaja bertanyakan kembali situasi itu walaupun saya telah mengetahuinya. Sekurang-kurangnya saya tidak mendengar pada satu pihak sahaja. Saya menyambung bertanya kerana saya tidak mendapat apa-apa respon dari Mubin.
            “ Nona tu sepupuku, so aku kena ambil tau. Kau jangan anggap aku menyibuk hal kau pula..”
            “ Mulut dia lancang sangat. Tapi takpe lah aku tau dia budak bandar. Aku membesar dalam keluarga yang cukup sensitif dengan perkataan hina macam yang dia cakap pada aku semalam. Boleh buat hilang sabar tau. Aku maafkan dia.” Saya tidak dapat berkata-kata selepas mendengar penjelasan Mubin. Setelah beberapa lama, perkara itu terus saya lupakan.

            Selepas peperiksaan percubaan SPM, pengurusan sekolah telah menganjurkan Hari Terbuka untuk memberi peluang kepada ibubapa dan guru-guru berjumpa dan menbincangkan perkara tentang prestasi anak masing-masing. Para pelajar juga diberi kepercayaan untuk menjalankan perniagaan mengikut kelab masing-masing. Saya mempelawa Nona untuk menyertai gerai kelab saya. Semua ahli kelab saya menyertainya termasuk Mubin. Mungkin tersalah perhitungan Nona dan Mubin sekali lagi bertelagah. Nasib baik tidak diketahui oleh guru. Tidak mampu untuk meredakan pertelagahan itu saya akhirnya mendiamkan diri.
            “ Wa, dah nak habis buah jambu tu, aku potong lagi ok?” Nona sudah standby dengan buah jambu dan pisau di kiri kanan tangannya.
            “ Ok, jangan potong banyak sangat tau, tembikai ngan betik ada banyak lagi tu…”saya lihat Nona sudah boleh membiasakan diri dengan kawan-kawan lain. Dia semakin ceria.
            “ Tak payah di potong lagi lah kita tunggu buah-buah yang lain terluak dulu” mendatar saja suara Mubin.
            “ Kenapa pulak? Buah jambu yang paling laku diantara buah yang lain. Lagipun kalau buah lain tak terluak sampai ke petang macam mana?” tidak sempat saya nak menyangkal kata-kata Mubin, Nona sudah menjawab. Betul juga kata Nona tu. Takkan nak tunggu buah-buah yang lain.
            “ Takpe, potong banyak-banyak pun tapi kalau tak habis kan membazir namanya? Lagipun bukan buah je yang kita jual, banyak makanan yang lain. Jangan potong dulu.” Saya lihat Nona sudah menyinga.
            “ Apa masalahnya kalau potong pun, kita bukan boleh agak rezeki kita lepas ni. Kalau buah jambu lebih laku dari buah-buah yang lain, kita nak buat macam mana, nak suruh kita marah pelanggan kalau tak beli buah lain. Macam tu ke?” berkerut-kerut muka Nona menahan rasa bengangnya.
            “ Kau tak tahu cara berniaga ke? Kita berniaga untuk mencari keuntungan bukan melebihkan kerugian.” Mubin menjawab dengan suara yang lembut tp tegang.
            “ Bapak aku businessman, bapak kau nelayan je kan, so fikir lah sendiri siapa diantara kita yang lebih pandai berniaga!” Mubin terdiam. Saya pula menarik Nona jauh dari gerai. Saya tidak mahu keadaan menjadi lebih tegang. Saya tahu Nona bukan jenis yang senang mengalah. Jangan diajak berbahas, semua perkataan boleh terkeluar dari mulutnya. Nona saya ajak masuk ke bilik persalinan perempuan. Saya biarkan dia bertenang dahulu.
            “ Kau dah nampakkan Wa, si mata tu memang sengaja cari pasal dengan aku! Ko nampakkan?” menjengil matanya memandang saya. ‘kau memang dah melampau Nona’
            “ Tak baik kau cakap camtu pasal ayah Mubin tadi. Tu dah kira menghina kau tau tak? Ko sedar tak tadi?” saya lihat Nona nampak bengang apabila saya berkata begitu.
            “ Sejak bila kau menyebelahi si mata tu?wah, dah jadi geng pula sekarang?!” sangkaan Nona harus saya patahkan.
            “ Sejak kau jadi bongkak tadi!” laju saja saya tuturkan perkataan itu.
            “…tak semua orang bernasib baik macam kau Nona Syahira…!”
            “…kau tak sedar ke bukan Mubin saja yang terasa hati, kawan-kawan kita yang berbapakan seorang nelayan pun terkena tempiasnya. Ayah aku pun nelayan..” suara saya kembali kendur. Nona pula memandang kearah lain. Dia tahu saya sedang memarahinya. Tanpa berkata-kata saya tinggalkan Nona sendirian. Saya kembali ke gerai dan hanya duduk tanpa membantu apa-apa. Rakan-rakan sibuk bertanya apa yang saya lakukan pada Nona. Saya hanya mendiamkan diri. Saya nampak Mubin turut memandang saya, seolah-olah menunggu saya memulakan cerita. Seperti tadi saya hanya membisu seribu bahasa.

            Sampai di rumah saya dan Nona masih tidak bertegur sapa. Amarahnya masih berbaki, begitu juga dengan saya. Saya jangka jikalau dia sedar apa yang dilakukannya sememangnya salah dia akan meminta maaf kepada saya. Tapi nampaknya dia masih tidak mengakui kesalahannya. Krisis kami berlanjutan selama dua hari. Sehingga suatu hari secara tidak sengaja kami berbual singkat. Segalanya bermula apabila bapak membawa balik ikan sisa nabi selepas pulang dari menjaring ikan di laut. Pelik melihat fizikal ikan terbabit, Nona tidak berganjak dari tempatnya. Sesekali bibirnya dijuihkan melihat lendir yang dikeluarkan ikan tersebut.

            “ Belum pernah tengok ikan ni lagikan. Ha, tu yang ruginya jadi orang bandar ni, ikan macam ni pun tak pernah jumpa.” Naim dan Nuzul menjerit-jerit melihat ikan itu melompat diatas permukaan tanah.
            “ Best rupanya duduk tepi laut ni pak udin.” Saya hanya mendengar perbualan diantara bapak dan Nona.
            “ Ayah kamu banyak duit, minta belikan rumah tepi pantai, hari-hari boleh mandi laut.” hai…bapak, bapak kalaulah semua yang bapak cakap tu semudah jari memetik. Alahai indahnya dunia. Tapi saya tahu bapak hanya bergurau.
            “ Kalau duduk kat rumah pak udin lama-lama macam ni pun dah best sangat.”
“….kalau ayah kerja macam pak udin sekalipun Nona tak kisah..”sayup-sayup saja saya dengar patah-patah perkataan yang dituturkan oleh Nona. Nona memandang saya seolah-olah mahu saya mengerti bait-bait ucapannya. Saya memandangnya sejenak dan kemudian saya berlalu masuk ke dalam rumah. ‘Mungkinkah dia sudah menyesal dengan kelancangan tutur katanya tempoh hari?’ saya sentiasa berharap begitu.
           
            Keesokan harinya Natasha menyampaikan pesan daripada Nona untuk berjumpa dengan saya di jeti tempat kebiasaan kami berehat pada waktu petang selepas pulang dari sekolah hari itu. Tepat pada masanya (saya kira), saya lihat susuk tubuh Nona membelakangi saya dan memandang jauh di tengah laut. uniform yang kami pakai melambai-lambai ditiup angin.
            “ Assalamualaikum…” saya menegurnya pelahan antara dengar dan tidak.
            “ Waalaikumsalam…wa..” salam saya dibalas, seakan terpaku saya telah berada dihadapanya.
            “ aku ingat kau tak datang..”
            “ kenapa pulak?”
            “ manalah tau kau masih marahkan aku...” dia terdiam begitu juga dengan saya.
Senyap.
            “ kenapa kau ajak aku datang sini? kat rumah kan kita boleh jumpa.” Saya memecah kesunyian, selepas saya lihat dia masih terasa berat untuk memulakan perbualan.
            “ tak sama, aku tak nak mak kau tau kita tengah gaduh…”
            “ siapa kata kita gaduh?” Nona mengangkat mukanya memandang saya. Kemudian dia tersenyum.
            “ sebenarnya aku nak mintak maaf kat kau..” dia diam lagi.
            “ sorry eh wa…”
            “ bukan kat aku, kau kena mintak maaf kat kawan-kawan kita. Especially kat Mubin..” Nona membeliakkan matanya.
            “ mata?!”
            “ tak nak ah aku! Yang lain-lain tu ok lagi, tapi si mata tu…” belum sempat Nona terus bersuara saya patahkan bebelannya itu.
            “ kenapa dengan mata??, masalah kau sebenarnya adalah dengan dia.”
            “ aku tak suka ah dengan si mata tu, dia selalu kutuk aku tau, dia ejek aku NONA ROGUY!! Kau tau tak pe benda nona roguy tu?” makin terbelalak mata si Nona. Beria-ia dia bercerita. Lucu saya melihatnya.
            “ pe nona roguy tu?”
            “ ala..yang brand vitamin-vitamin perempuan tu. Ha, yang terbaru ni ada set bersalin pulak…” tak henti-henti mulut Nona mengomel.
            “ Nona, Nona dengar cakap aku ni…” saya tunggu Nona berhenti bercakap, kemudian saya mulakan sesi nasihat saya.
            “ bersalah tetap bersalah. Kau dah mempersendakan dia. Kau dah jatuhkan maruah ayah dia…”
            “ tapi kan aku dah cakap yang aku tak sengaja nak cakap macam tu…!” saya menggelengkan kepala.
            “ Nona, satu kesilapan kau ialah cepat temper, kau tak hiraukan perasaan orang lain. Sebab tu kau ringan mulut cakap camtu. Pada kau memang macam takde apa-apa, tapi orang lain tak anggap macam tu.” Nona mengeluh. Entah dia faham atau tak.
            “ kawal sikit temper tu, kalau tak memang takde siapa berkenan kat kau..” Saya dengan nada selamba menyindirnya sambil berlalu pergi meninggalkan Nona.
            “ sindir aku ar tu..”
            “ tau takpe!” sempat saya menoleh dan menjerit kepadanya.

Kami bakal dapat org baru!!!!!

Angah saya disahkan hamil anak kedua...gembiranya tak terkata huhuhu...
Tahniah utk Adam...semoga dapat menjadi abg yg baik utk his little sister.....

Bju purple nye..





Adam with his beloved mummy


Permulaan yg Sedih......

27 Sept. 2010
Saya dikejutkan dengan berita, salah seorang kawan baik saya mengalami ketumbuhan pada breast nya (difahamkan ianya bukan tanda-tanda kanser - alhamdulillah.....), simpati & sedih.....dia baru kehilangan......